Tuesday 6 May 2014

hari yang baik

semalam selepas safra kalah dengan diri sendiri, saya terus tidur dengan perasaan bersalah. sebabnya saya tak buka buku Statistics pun. sedangkan ada mock test hari ni. assignment saya yang due date harini pun saya tak mampu habiskan. sebab ada 4 essays kena buat 3500 perkataan. saya rasa kesal sangat dengan diri sendiri. sebab tak mampu lawan untuk berterusan belajar dan siapkan kerja yang lecturer bagi. tapi badan safra dah tak kuat. kepala safra dah tersangat berat, mata saya dah pedih sangat tahan mengantuk. maka dengan itu saya pujuk hati

 "safra, awak tidur dulu rehat. esok bangun awal sambung belajar balik. kesian la sikit dekat badan awak ni. kalau kebajikan terhadap diri sendiri pun awak tak mampu penuhkan, macam mana nanti kebajikan suami dan anak anak safra nanti "

selepas pujuk hati. saya terus tutup laptop dan save segala document untuk sekolah. sebab saya dekat sini seorang diri. safra akan lebih utamakan naluri hati. yelah, sejak duduk di perantauan ni safra hanya kuat dengan berpegang kata hati. apa yang safra rasa baik, safra buat. apa yang mungkin akan datangkan keburukan, sebolehnya saya cuba jauhkan. 

prinsip saya. kalau kita buat baik since early morning and we start our day dengan benda positif, insyaAllah perkara baik akan terus datang sampai ke malam. ini memang benda yang safra amalkan. contohnya macam bangun awal pagi bersiap ke sekolah untuk naik bas. tiba tiba nampak ada pakcik or nenek tua nak masuk bas juga. saya walaupun rushing nak juga naik bas, tapi safra selalu cakap dekat diri sendiri supaya jadi considerate. utamakan orang yang lebih memerlukan. in this case walaupun diri safra sangat memerlukan bas tu dan kelas mula dalam beberapa minit, safra selalu beri peluang untuk orang lain naik bas dulu. sambil tu saya berharap semoga urusan saya hari ini akan dipermudahkan. Alhamdulillah. so far, segalanya safra masih mampu kawal.

setiap hari rutin safra bila bangun tidur, saya akan check email dari phone atau whatsapp atau message and today i woke up to a beautiful yet a very well written email dari seseorang yang saya tak kenal. mula mula safra hanya sempat glance sekejap dekat tajuk email tu tulis "Assalamualaikum" 

tapi sebab saya terbangun lambat (sebab letih sangat semalam berjaga sampai ke pagi) jadinya safra tak sempat buka email. saya terus bersiap cari baju dan tudung. roommate saya cakap bas akan sampai lagi 8 minit. waktu tu safra baru lepas minum susu secawan. nak makan roti pun tak sempat. safra cakap takpelah pergi dulu. safra pergi lewat. dia pun faham je and terus ke kampus lebih awal. 

dekat bus stop, baru saya tergerak hati nak baca email email dalam inbox yang tak sempat baca pagi tadi. selepas semua email notification dan email dari kampus saya baca, saya terus baca email dari orang yang tak kenal tadi.

"Oh yang tulis ni pangkat kakak" 

ralit safra baca email kakak tu sampai tak sedar bas dah depan mata. nasib baik kawan kampus yang sama sama tunggu bas bagitau. saya sangat terharu dengan pengirim email ni walaupun tak kenal. kakak ni baik sangat bagi safra. ini emailnya. saja safra letak sini supaya di masa depan nanti, safra tak lupa dekat akak :)

Assalamualaikum.

hi Safra, kak pembaca blog yang suka lepak sambil baca coretan Safra...walaupun simple, tapi best sangat... :D walaupun kita berbeza zaman, tapi apa yg Safra coretkan banyak mengajar tentang erti kehidupan lebih² lagi bila tinggal berjauhan dengan keluarga... actually, kak tak pernah sampai pun ke bumi Eropah..huhuhu...ada gak pasang angan²...tapi, rezeki kat sini saja. Bila baca blog safra, sedikit sebanyak ada info yang dapat dijadikan rujukan... mana la tahu, nanti anak atau kak dapat sambung belajar kat sana ;)


Kak dh berkawen anak 3... yang sulung baru darjah satu... erk, patutkah kak bahasakan diri kak?? atau makcik? sbb kak masih ada ada adik pompuan umur 19 tahun..apa² je lah.

Ok lah...tengah wat keje...stop kejap nak email kat safra... apa²pun selamat berblogging... jangan lupa kesihatan dan banyakkan rehat sama ok...

Belajar rajin² safra cantik!

Regards,

kak aka makcik,
Sharhanah

lepas baca email tu. safra senyum. 

saya terharu dan sebak sangat. safra sangat tak sangka yang cebisan cebisan pengalaman yang safra tulis dekat blog ni mampu bagi rujukan atau boleh dijadikan tempat seseorang luangkan masa untuk membaca. dulu, niat safra buat blog adalah sekadar suka suka sahaja. sebab safra ni suka menulis atau membebel bukan bukan. hehe. safra used to have a diary which safra jadikan amalan untuk menulis. tapi since diary dah hilang, papa yang suggest saya buat blog. 

papa sangat mahir dengan IT. papa seorang lecturer bahagian teknologi dan maklumat. bagi perempuan handbags and kasut tu jadi pujaan. bagi papa, pa lebih suka gadgets and info pasal IT. papa pun pandai sangat uruskan segala benda pasal laptop and desktop. sebab tu safra tak kisah sangat pasal technology dan gadgets. sebab dekat rumah safra ada Dr IT paling hebat hehe. bagi kami orang dalam rumah, papa lah engineer kami. banyak benda papa assemble sendiri dalam rumah especially gadgets. 

safra lahir dalam keluarga yang elok akal bahasanya. papa dan mama keduanya mampu menyalurkan rasa hati melalui writings. bagi safra, darah "menulis di belakang tabir" ni lahir dari mama dan papa. pernah dulu safra cakap 

"pa, mananya buku yang papa tulis tu. sini la bagi kakak baca." papa cakap nanti papa bagi. tapi sampai sekarang belum bagi lagi. hahahaha. dengan safra pun papa nak malu alahai. macam mama pula selalu sangat bermadah. sampaikan kadang kadang dalam message pun percakapan mama puitis sangat bunyinya. segala nasihat mama dan papa mudah je terserap masuk hati. mungkin cara mama and papa menyampaikan setiap satunya perkara, dalam konteks yang sangat menyenangkan saya yang menerima nasihat. 

"ma, pa. kalau kak tak boleh jadi ahli sains suatu hari nanti. kak jadi penulis boleh?" hahahaha. tapi siapa la yang sudi baca segala benda yang safra tulis ni.

*****

Sampai saja dekat kawasan kampus. saya lalu train station. memang lambat sangat hari ni. saya tengok jam dah lambat 30 minit. sistem UK ni kalau lambat sebelum 10 minit kita boleh masuk kelas atau lecture. tapinya kalau lewat lebih dari 30minit selalunya tak boleh masuk kelas. tapi safra nak sangatttt pergi kelas FES. sebab saya tak faham assignment yang 3.5k perkataan tu.

dengan kelam kabut dan serabai sebab berlari, saya ternampak sekumpulan orang melayu baru turun dari teksi. ada nenek nenek dan atuk atuk pangkat umur mereka (takda orang muda pun). saya waktu tu dah terlambat sangat. memang tak pernah lagi safra lambat sampai habis half time class. tapi entah kenapa mulut ni ringan je nak bertegur sapa.

"Assalamualaikum" safra bagi salam

"Waalaikumussalam" ramai ramai jawab. safra terus salam nenek nenek perempuan. saya tanya nak ke mana and buat apa. bila sampai. awak tau la, semua soalan common bila jumpa orang satu bangsa dan negara haha. sebab safra excited jumpa komuniti melayu di Brighton ni. kalau semua masih tak tahu, Brighton ni adalah tempat origin British people yang kita boleh encounter. sebabnya ini memang tempat asal mereka. sangat susah dan jarang sangat sangat kalau nak terserempak dengan orang melayu. 

safra terus berborak dengan Malaysian family tadi. dari hujung hujung pelat depa macam orang kedah. yayy satu kampung hehe. lepastu mereka cakap nak jalan jalan je. melawat anak. saya cakap bestnya mak ayah atuk nenek melawat anak cucu. mana anaknya? lepastu salah seorang nenek tadi tunjuk seorang lelaki. saya baru perasan oh ada sorang rupanya orang muda dekat sini. saya angguk je kepala dekat abang tu tanda Hi. rupanya abang tu kerja di brighton. tak tanya pula kerja apa. segan. safra lebih selesa berbual dengan nenek nenek and atuk atuk tadi

sambil bersembang safra tengok jam ya Allah safraa awak LAMBAT sangat ni. dah 15 minit awak membebel tak ingat kelas. safra terus salam tangan semua orang perempuan and minta diri cepat cepat. rasa bersalah sangat sebab macam huru hara. dah la serabai dengan tudung and baju sebab rushing. malu sungguh. before tu safra cakap "Selamat jalan jalan, semua"

nenek nenek dan atuk atuk tu semua cakap "terima kasih, nak. awak pun belajar rajin rajin insyaAllah kita jumpa lagi"

Huuuu. sebak terus saya. haha (hilang macho awak safra) bila cakap macam tu lagi terasa rindu nak balik malaysia in exactly a month. sekurangnya penat lelah safra semalam berbaloi bila harini bangun tidur dapat email dari kakak yang baik hati dan terserempak orang melayu. 
saya terus sambung lari ke kelas. bila sampai ke kelas. eh prof takde ke? Alhamdulillah saya tak rasa serba salah sangat sebab masuk lambat haha.
safra terus message mama and papa dalam whatsapp family.

"Fuhh. Allah selamatkan kak :D harini lari macam orang tak cukup tanah rupanya prof tak masuk kelas."

Papa reply " :) Sebab kak niat baik dekat makcik makcik tu. Allah berikan ganjarannya" saya rasa seronok sangat. hari ni pagi saya dimulakan dengan semua benda yang positif. 

lepas tu ada lecture PM. saya bagitau Tiffany hari ni ada mock test Stats. patut ke safra pergi? sebab tak study apa lagi ni. macam mana nak jawab paper. lepastu dia tanya boleh tak dapat 50% agak agak. ehem saya ketawa terus. saya cakap how about 20-30% hahahaha (ini memang knowledge safra dekat Stats yang sedia ada dalam kepala. sebab saya tak study jadi tambahan ilmu yang lain lain saya kena buka buku dan study sungguh sungguh)

dia pun gelak and cakap tak payah lah pergi. sebab mock test tu biasa je. bukan test coursework. seingat saya paper Statistics for Scientists ni 100% written. tak ada coursework. so dia cakap hah tak apa lagi bagus. concentrate dekat yang paper final 100% tu tak payah pikir mock harini. saya pikir pikir balik. logik juga Tiffany cakap. so dengan perasaan serba salah lagi. saya terus decide taknak jawab mock. sebab nak balik rumah and pikir essay yang bertimbun.

bagi saya. Statistics ni susah sangat wuu memang hari hari safra akan make sure belajar stats sorang sorang. sebab bila tanya kakak kakak senior dekat university lain pun cakap Stats susah *nangis*

*****

jadinya. begini lah safra reply dekat seorang kakak yang tak pernah safra kenal ni. safra berharap sangat dapat jumpa akak dekat Malaysia nanti insyaAllah :)

Warkah Buat Kak Sharhanah

Waalaikumussalam kak Sharifah Hasnah :) 

safra berbesar hati sangat bila akak sudi email safra. terima kasih sebab sudi luang masa tulis email dekat safra walaupun tengah bekerja dan sudi luang masa untuk baca cerita cerita safra dekat blog yang tak seberapa ni. 

bila dapat pandangan yang positif dari orang luar macam akak ni, safra rasa safra kena berjaga jaga next time bila nak tulis sesuatu. kalau dulu safra boleh suka hati nak tulis, lepas ni safra kena fikir apa kebaikan yang orang di luar sana boleh dapat selepas membaca blog safra. InsyaAllah :) 
safra suka tulis dekat blog sebab kadang kadang verbal written safra lebih baik dari verbal words (rasa macam perasan pulak tulis macam ni. macam bagus sangat menulis. haha) tapi ada suatu masa safra rasa sangat pendiam dan tak reti bercakap dengan orang sekeliling hehe. sampaikan kena tulis 

rasanya kalau tulis, orang akan baca dan lebih faham apa maksud kita. satu lagi sebab safra jauh dari family walaupun muda. safra update blog untuk ceritakan macam mana safra go through hari hari safra di perantauan (waalupun tak selalu update blog). safra suka tolong orang, tapi tak mampu nak directly beri bantuan. hopefully bila menulis ni ada benda yang baik dari safra tu boleh dijadikan rujukan. 

hehe. safra panggil akak la eh. safra doakan satu hari nanti akak dapat jejak kaki dekat setiap pelosok dunia especially UK ni (sebab safra ada sini. hahaa) nanti datang la melawat safra dekat sini. bawa anak akak jalan jalan. Amin insyaAllah :) safra doakan juga akak dapat sambung belajar dekat luar negara. jangan pilih negara lain tau. pilih UK hehe (sukahati anak patung je tolong decidekan untuk akak). sebab safra boleh jumpa akak selalu kalau akak belajar dekat UK. kalau anak anak akak dah besar nanti, suruh belajar UK jugak tau 

akak, safra janji jaga diri. akak pun jaga diri baik baik and jangan penat sangat. InsyaAllah lapang lapang nanti, ada rezeki kita jumpa. akak doakan safra tabah dekat sini ye untuk menuntut ilmu. doakan exams safra hehe.
Terima kasih, kakak yang tersangat baik hati <3 

Assalamualaikum.

Salam sayang dari perantauan,
Safra di Brighton, England.

semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini. semoga hari esok safra akan lebih kuat. semoga hari esok akan lebih mendatangkan faedah. insyaAllah.